-
Selamat Datang Ke Laman Sesawang SKBS.
Terima Kasih kerana melayari laman sesawang SKBS,Kuantan, Pahang D.M Kami percaya anda akan berasa teruja untuk melayari laman sesawang ini.Teruskan mengeksplorasi laman ini.
baca lagiTerkini Di SKBS
24
Okt2026Info Terkini 24.10.2026.Kem Bestari Solat 2026
22
Oktober 2026Info Terkini 22.10.2026.Mengemaskini laman web ini setelah 3 tahun, sebab masaalah kesihatan yang tidak mengizinkan untuk bergiat aktif secara atas talian, alhamdulillah, moga dapat "update" dari masa ke semasa, Amiin Ya Rabbal Alamiin.
-
Sejarah Ringkas SKBS
Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau merupakan sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar raya Kuantan. Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau merupakan sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar raya Kuantan. Sekolah ini telah siap dibangunkan pada tahun 1980 dan mula beroperasi pada tahun 1981. Guru Besar pertama dilantik di sekolah ini ialah Madam Chen Chin Fock. Pada tahun 2020, sekolah ini menempatkan seramai 658 orang murid, 68 orang guru serta 10 orang kakitangan sokongan.
Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau ini beroperasi secara dua sesi iaitu sesi pagi bagi murid tahap 2, murid pendidikan khas dan murid prasekolah manakala sesi petang bagi murid tahap 1.
Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau ini beroperasi secara dua sesi iaitu sesi pagi bagi murid tahap 2, murid pendidikan khas dan murid prasekolah manakala sesi petang bagi murid tahap 1. Struktur sekolah pula terdiri daripada Blok A iaitu ruang pejabat, bilik guru, kelas serta tandas guru. Blok B menempatkan bilik SPBT, kelas, makmal Sains, bilik guru lelaki dan pusat sumber sekolah. Blok C pula terdiri daripada bilik pemulihan, bilik muzik dan kelas.
Bangunan kantin pula bersebelahan dataran terbuka dan turut dijadikan sebagai dewan perhimpunan rasmi dan sekarang dinamakan Anjung Walinong Sari(Kemaskini 20.02.2023). Surau, makmal komputer, bangunan prasekolah serta stor sukan pula menggunakan bangunan berasingan dan masing-masing terletak berhampiran kawasan padang sekolah.========================== : )Guru Besar terkini SKBS ialah Encik Mohd Ramli Bin Deris, Beliau seorang yang sangat disenangi oleh semua pihak yang berurusan dengan SKBS.
Alamat SK Bukit Sekilau adalah seperti di bawah.
SK Bukit Sekilau Jalan Sekilau 2, Kampung Bukit Sekilau, 25200 Kuantan Telefon:09-5156708 Fax:- E-mel:cba4076@moe.edu.my
Kenapa Pilih Kami?
Guru Besar SKBS
Tuan Guru Besar SK Bukit Sekilau yang baru(2023)menggantikan Encik Azmi ialah
Encik Mohd. Ramli Bin Deris.Selamat bertugas Di SKBS diucapkan .
Terima Kasih kerana memilih SK Bukit Sekilau untuk memperkasakan jati diri dan pembelajaran anak anda.
Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar guru-guru & kakitangan SKBS sesi 2023/2024.
Barisan Pentadbir SKBS
Guru-Guru Sesi Pagi
Guru-Guru Sesi Petang
Guru-Guru Prasekolah
Staff Pentadbiran
PPM Pendidikan Khas
Kakitangan Sekolah -
Kelas Kami
Perancangan Pengajaran & Pembelajaran Di SKBS.
Di SK Bukit Sekilau, kami menekankan kepentingan penentuan kemajuan individu. Guru terlatih dan berpengetahuan kami, menyediakan rancangan pelajaran berdasarkan kepada kemajuan dan pemahaman setiap pelajar . Segala-galanya, kami berkongsi keghairahan untuk pendidikan dan berhasrat untuk membantu anak didik menguasai kemahiran asas di sekolah rendah.
Kemahiran Asas 3M di SK Bukit Sekilau
Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan Program LINUS mensasarkan 100% murid Tahun 3 menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi sebelum naik ke tahun 4 melalui Tahun 2013 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK)..Sumber: Pengenalan MOE.GOV.MY
Kelas Kami Di SKBS
Peranan Guru Di SK Bukit SekilauGuru-guru di SKBS berfungsi sebagai mentor yang membimbing dan mengilap bakat anak didik dengan kepakaran mereka sambil itu juga memberikan arahan, sokongan, dan dorongan kepada mereka.
SIla layari tetingkap dibawah untuk melihat gambar guru-guru, pelajar SK Bukit Sekilau dan profil kelas. -
Muat turun
Tengok video cara muat turun buku teks digital dulu yer.Cara di skilau.com mungkin berbeza.- Video Cara muat turun buku teks digital di skilau.com.
- Bahasa Melayu Thn 1 2022/2023.
- Matematik Thn 1 Jilid 1 2022/2023.
- Matematik Thn 1 Jilid 2 2022/2023.
- Pendidikan Islam Thn 1 2022/2023.
- PJPK Thn 1 2022/2023.
- Pendidikan Kesenian Thn 1 2022/2023.
- Pendidikan Moral Thn 1 2022/2023.
- Sains Thn 1 2022/2023.
- Super Minds Student's Book.
- Super Minds Work Book 1 2022/2023.
- Mathematic Yr 1 Part 1 2022/2023.
- Mathematic Yr 1 Part 2 2022/2023.
- Science Year 1 2022/2023.
- Bahasa Arab Tahun 1 2022/2023.
- Bahasa Melayu Thn 2 Jilid 1 2022/2023.
- Bahasa Melayu Thn 2 Jilid 2 2022/2023.
- Matematik Thn 2 Jilid 1 2022/2023.
- Matematik Thn 2 Jilid 2 2022/2023.
- Mathematic Year 2 Part 1 2022/2023.
- Mathematic Year 2 Part 2 2022/2023.
- Pendidikan Islam Thn 2 2022/2023.
- PJPK Thn 2 2022/2023.
- Pendidikan Kesenian Thn 2 2022/2023.
- Moral Thn 2 Bahagian 1 2022/2023.
- Moral Thn 2 Bahagian 2 2022/2023.
- Sains Thn 2 2022/2023.
- Science Year 2 2022/2023.
- Bahasa Melayu Thn 3 Jilid 1 2023/2024.
- Bahasa Melayu Thn 3 Jilid 2 2023/2024.
- Matematik Thn 3 Jilid 1 2023/2024.
- Matematik Thn 3 Jilid 2 2023/2024.
- Mathematic Year 3 Part 1 2023/2024.
- Mathematic Year 3 Part 2 2023/2024.
- Pendidikan Islam Thn 3 2023/2024.
- Pendidikan Kesenian Thn 3 2023/2024.
- Moral Tahun 3 2023/2024.
- PJPK Tahun 3 2023/2024.
- Sains Tahun 3 2023/2024.
- Science Year 3 2023/2024.
- Get Smart Plus Year 3 2023/2024.
- Bahasa Arab Tahun 3 2023/2024.
Muat Turun Buku Teks Tahun 1 2023/2024
Muat Turun Buku Teks Tahun 2 2023/2024
Muat Turun Buku Teks Tahun 3 2023/2024
Sesi Petang SKBS 2023
Mari kita kenali Penyelia Petang SK Bukit Sekilau.
Kenali Penyelia Petang dan guru-guru sesi sesi petang SKBS
Sesi Petang SK Bukit Sekilau
Kata-kata aluan.Kata-kata Aluan Penyelia Petang Sesi 2023-2024
-
Lokasi SK Bukit Sekilau
View Larger SKBS Map
SK Bukit SekilauJalan Sekilau 2, Kampung Bukit Sekilau, 25200 Kuantan, Pahang
Telephone:+6095136726
E-mail: admin@skilau.comHubungi Kami
-
Polisi Privasi Kami
Hakcipta Terpelihara @GTO_2023 Bagi Pihak SKBS CBA 4076,Kuantan,Pahang,Malaysia. -
Baca Lagi
Selamat Datang Ke SK Bukit Sekilau,Jalan Sekilau 2, Kampung Bukit Sekilau, 25200 Kuantan . Telefon : 095136726Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau merupakan sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar raya Kuantan. Sekolah ini telah siap dibangunkan pada tahun 1980 dan mula beroperasi pada tahun 1981. Guru Besar pertama dilantik di sekolah ini ialah Madam Chen Chin Fock. Pada tahun 2020, sekolah ini menempatkan seramai 658 orang murid, 68 orang guru serta 10 orang kakitangan sokongan. Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau ini beroperasi secara dua sesi iaitu sesi pagi bagi murid tahap 2, murid pendidikan khas dan murid prasekolah manakala sesi petang bagi murid tahap 1. Struktur sekolah pula terdiri daripada Blok A iaitu ruang pejabat, bilik guru, kelas serta tandas guru. Blok B menempatkan bilik SPBT, kelas, makmal Sains, bilik guru lelaki dan pusat sumber sekolah. Blok C pula terdiri daripada bilik pemulihan, bilik muzik dan kelas. Bangunan kantin pula bersebelahan dataran terbuka dan turut dijadikan sebagai dewan perhimpunan rasmi(Anjung Walinong Sari). Surau, makmal komputer, bangunan prasekolah serta stor sukan pula menggunakan bangunan berasingan dan masing-masing terletak berhampiran kawasan padang sekolah.
























